Ayam Buttermilk mudah dan sedap
Kalau di rumah mak mak pening nak masak ape untuk anak-anak, cubalah menu berasaskan ayam. Comfirm Laku. Sebut je lauk ayam ramai je peminatnya tu nanti. Resipi Ayam Buttermilk ni sangat sedap dan mudah disediakan. Bahan bahan pun mudah je nak cari.
Anda boleh ikuti perkongsian resepi oleh Puan Nurul Q Aini😀
Resepi Ayam Buttermilk Simple
Bahan-bahan:
1. Gunakan ayam bahagian dada sahaja
2. Susu cair
3. Bawang putih, hiris halus (xguna bawang besar)
4. Sedikit butter
5. Sedikit daun kari
6. Sedikit cili padi
Bahan-Bahan Salutan Ayam
1.2-3 sudu besar tepung serbaguna bestari (pedas)
2. 1 Biji telur
3.Sedikit garam
4. Air secukupnya
Langkah-langkah memasak Ayam ButterMilk
1.Potong dadu isi ayam, bersihkan dan toskan air.
2.Masukkan telur dan garam ke dalam mangkuk kemudian masukkan ayam dan gaulkan sebati.
3.Masukkan tepung serbaguna bestari (pedas) dan sedikit air. Kacau supaya tepung pekat dan
menyaluti ayam. Perap selama 30 minit atau lebih.
4.Goreng ayam di dalam minyak panas sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
5.Dalam kuali, panaskan butter sehingga cair dan tumis bawang putih, cili dan daun kari sehingga naik bau. (Kalau xmau pedas jgn boh cili)
6.Masukkan susu cair. Kemudian masukkan ayam yang digoreng tadi.Masak sehingga kuah sedikit pekat. Boh garam dan gula secukupnya. Siap ! 
Kredit Photo: Google











Comments
Post a Comment